Saturday

Kefanatikan

"Saya benci kefanatikan.
Kefanatikan membuatkan manusia menjadi bodoh dan kehilangan waras akal.

Walaupun yang di'fanatik'kan itu adalah saya.

Ketahuilah bahawa saya tiada fans. Dan kalaulah Facebook ini saya punya, saya akan suruh Fan Page Hilal Asyraf(Official) ini dinamakan sebagai Friends Page Hilal Asyraf(Official).

Anda semua adalah friends saya. Sematkan itu di dalam hati.

Kerana Hilal A
syraf boleh mati, boleh tersasar, boleh korup. Tetapi yang saya yakin adalah perjuangan yang saya bawa, apa yang ingin saya bina, yang saya sematkan di dalam karya-karya saya, yang saya laksanakan bersama team LangitIlahi, itu semua adalah perjuangan untuk membawa diri saya, dan kita semua, kembali kepada Tuhan kita, Allah SWT.

Dan perjuangan itu tidak akan mati, tidak boleh tersasar, dan takkan mampu dikorupkan.

Biar kala saya mati, perjuangan ini kekal diteruskan.
Biar kala saya tersasar dan korup, akan ada yang mampu memberikan teguran membawa saya pulang ke pangkal jalan.

Sebab itulah saya tidak bergerak sendiri, tetapi berkumpulan. Sebab saya tidak mahu manusia melorongkan pergantungan kepada individu. Dan saya tidak mahu kalau saya silap, tiada siapa memberikan teguran. Ahli kumpulan yang lain akan sentiasa ada untuk menampung cacat dan cela, memberikan peringatan, dan mempertingkatkan kekuatan. Kerana itu saya bina Team LangitIlahi. Check and balance.

Kerana jika berlaku ke'fanatik'kan, dan saya sendirian, kemungkinan saya akan korup dengan pujian dan anugerah, serta kalian hanya akan sekadar mengikuti saya tersasar dari jalan kebenaran. Kerana kefanatikan membuatkan manusia menjadi bodoh, dan kehilangan waras akal untuk pertimbangan."